Jumaat, 8 Julai 2011

Objektif

OBJEKTIF

1. Melahirkan pelajar yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agarmenjadi warganegara yang berguna dan merealisasikan wawasan.

2. Memastikan kadar peningkatan kecemerlangan dari setahun ke setahun dengan kadar 5 % dalam semua bidang.

3. Melahirkan individu yang mempunyai kemahiran berfikir dan dapat menggunakan fakulti akal dengan bijak

dan bersistem untuk mewujudkan masyarakat berbudaya ilmu sebagai prasyarat ke arah menjayakan cita-cita membangunkan sebuah Negara bangsa yang maju, berwibawa dan cemerlang.

4. Memupuk nilai-nilai murni dan sosialsasi yang sihat di kalangan semua warga sekolah.

5. Meningkatkan mutu pencapaian dan penglibatan pelajar di dalam semua bidang aktiviti yang dikelolakan di sekolah iaitu di bidang akademik dan bukan akademik.

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga SK Nanga Nyimoh Song, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
Untuk

MURID
1 Memastikan semua murid mendapat pendidikan yang seimbang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
2 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lancar mulai hari pertama hari persekolahan.
3. Mewujudkan sesuana yang kondusif untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran sepanjang masa.
4. Memastikan keselamatan , kesihatan dan kebajikan murid sentiasa terpilihara.

STAF
1. Sentiasa bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas.
2. Memastikan semua staf diberi layanan yang sama dalam semua aspek.
3. Memastikan semua staf diberi peluang untuk mengikuti latihan /kursus secara bergilir-gilir.

IBUBAPA
1. Memastikan perkhidmatan yang diberi kepada Ibubapa diurus dalam masa 15 minit dengan layanan mesra dan cekap.
2. Memastikan maklumat pendidikan terkini disampaikan kepada ibu bapa dan masyarakat seminggu selepas maklumat diterima.

Stake Holder
1. Bertindak lancar dan cekap terhadap arahan dari PPDK, PPG, JPn dan institusi lain selepas menerima arahan dalam masa dua hari.
2. Memastikan sisitem fail sentiasa kemaskini.
3. Memastikan semua harta modal dan inventori diurus mengikut prosedur yang betul.

KOMUNITI
1. Bersedia dan sanggup menerima cadangan dan teguran yang membina daripada komuiti setempat demi meningkatkan prestasi dan maruah sekolah
2. Mewujud dan memilihara perhubungan yang akrab antara sekolah dan masyarakat setempat.

SEKIRANYA TUAN/PUAN BELUM PUAS HATI ATAS PERKHIDMATAN KAMI, SILA HUBUNGI TERUS KEPADA GURU BESAR DI TALIAN – +084-772004/ +084-772005

Sabtu, 2 Julai 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan (1M1S) 1Malaysia














Untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik like di Facebook Sekolah Kebangsaan Nanga Nyimoh.Harap Maklum!