Memaparkan catatan dengan label Piagam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piagam. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Julai 2011

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga SK Nanga Nyimoh Song, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
Untuk

MURID
1 Memastikan semua murid mendapat pendidikan yang seimbang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
2 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lancar mulai hari pertama hari persekolahan.
3. Mewujudkan sesuana yang kondusif untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran sepanjang masa.
4. Memastikan keselamatan , kesihatan dan kebajikan murid sentiasa terpilihara.

STAF
1. Sentiasa bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas.
2. Memastikan semua staf diberi layanan yang sama dalam semua aspek.
3. Memastikan semua staf diberi peluang untuk mengikuti latihan /kursus secara bergilir-gilir.

IBUBAPA
1. Memastikan perkhidmatan yang diberi kepada Ibubapa diurus dalam masa 15 minit dengan layanan mesra dan cekap.
2. Memastikan maklumat pendidikan terkini disampaikan kepada ibu bapa dan masyarakat seminggu selepas maklumat diterima.

Stake Holder
1. Bertindak lancar dan cekap terhadap arahan dari PPDK, PPG, JPn dan institusi lain selepas menerima arahan dalam masa dua hari.
2. Memastikan sisitem fail sentiasa kemaskini.
3. Memastikan semua harta modal dan inventori diurus mengikut prosedur yang betul.

KOMUNITI
1. Bersedia dan sanggup menerima cadangan dan teguran yang membina daripada komuiti setempat demi meningkatkan prestasi dan maruah sekolah
2. Mewujud dan memilihara perhubungan yang akrab antara sekolah dan masyarakat setempat.

SEKIRANYA TUAN/PUAN BELUM PUAS HATI ATAS PERKHIDMATAN KAMI, SILA HUBUNGI TERUS KEPADA GURU BESAR DI TALIAN – +084-772004/ +084-772005

Selasa, 10 Mei 2011

Piagam

Piagam

Kami warga Sekolah Kebangsaaan Nanga Nyimoh Song dengan penuh tekad dan iltizam, berikirar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

Memastikan semua murid mendapatkan pendidikan yang seimbang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.

Memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar mulai hari pertama persekolahan

Mewujudkan suasana yang kondusif untuk proses pembelajaran sepanjang masa

Memastikan keselamatan , kesihatan dan kebajikan murid sentiasa terpelihara

Memastikan disiplin murid, sentiasa terkawal melalui bimbingan dan kaunseling.

Memastikan layanan mesra , cepat dan cekap kepada ibu bapa dan masyarakat pada setiap masa.

Memberitahu maklumat terkini kepada ibubapa tentang kemajuan akademik dan mengambil tindakan susulan yang diperlukan

Memastikan hubungan yang berkesan dengan ibubapa untuk meningkatkan mutu pendidikan sekolah.