Ahad, 12 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Cahaya Ramadhan berlalu pergi, menyambut tibanya Aidilfitri,Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 diucapkan kepada warga SK. Nanga Nyimoh yang beragama Islam dan juga semua warga pendidik, tidak kira di mana juga anda berada tidak lupa juga seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga kedatangan Syawal tahun ini memberi seribu kemanisan dan Rahmat setelah sebulan berpuasa.

Kepada perantau-perantau yang balik beraya, berhati-hati di jalan raya, ingatlah, orang tersayang sedang menanti kepulangan anda untuk beraya bersama-sama.



"Cahaya Ramadhan berlalu pergi, menyambut tibanya Aidilfitri, Ampun maaf segala peri, Semoga ikatan kekal dihati. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin."

"Satu Syawal menjelang tiba,Takbir bergema mengegarkan jiwa,Sekiranya ada salah dan dosa,Ampun dipinta dihari mulia.Selamat hari raya maaf zahir dan batin. "

 "Gemersik takbir mengundang hiba,Salam diutus tanda ingatan,Syawal dinanti menjelang tiba,Salam diutus pohon kemaafan.Maaf zahir dan batin."

 "Tangan dihulur maaf dipinta,Erat hubungan sesama kita,Semoga gembira di hari yang mulia ini,Salah dan silap harap dimaaf,Selamat Hari Raya."

1 ulasan: