Rabu, 2 Januari 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013 kepada seluruh warga pendidik dan juga warga SK Nanga Nyimoh. Dengan Kehadiran tahun baru 2013 adalah sebagai petanda berlalunya tahun 2012 yang telah melakar pelbagai kisah suka duka, pahit maung dan juga kejayaan dalam pelbagai bidang di SK Nanga Nyimoh.

Tahun 2012 yang baru saja berlalu telah melakar sejarah baru yang menyaksikan kejayaan dalam akademik terutama peperiksaan UPSR yang telah meningkat saban tahun. Dari segi kokurikulum pula telah mencatat pengalaman yang manis terutama perkhemahan unit beruniform yang telah dijalankan dengan jayanya, begitu juga aktiviti yang lain.

Semoga tahun 2013 ini melakar lebih banyak kisah yang menarik dan menempa lebih banyak kejayaan dalam semua bidang terutama kurikulum dan kokurikulum. Kerjasama semua staff dan warga SK Nanga Nyimoh sangat-sangat diperlukan. 

SELAMAT TAHUN BARU 2013...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan