Selasa, 10 Mei 2011

Sejarah

Penubuhan sekolah ini atas cadangan Penghulu Jugah ak Lapik. Cadangan beliau telah mendapat sokongan daripada penduduk tempatan. Dengan inisiatif penduduk rumah panjang iaitu dari Nanga Tekalit hingga ke Rumah Inggong (Lubok Nyimoh), S.K Nanga Nyimoh Penghulu Jugah sebenarnya bukanlah orang tempatan di Nyimoh . beliau beraal dari Nanga Tengangai , Sungai Musah.

Pada mulanya , beliau telah berpindah dari Nanga Tengangai ke Takan, kemudian dari Nanga Takan ke Nanga Entawai dan terkhir sekali beliau berpindah adalah dari Nanga Entawai ke Nanga Nyimoh. Semasa beliau menetap di Nanga nyimoh beliau telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang telah diberi naman Pagang anak Jugah. Pada tahun 1980, Penghulu Jugah meninggal dunia dan adiknya Bantan menjadi Tuan Rumah menggantikan tempat beliau . Selepas Tuai Rumah Bantan meninggalkan dunia, anak mendiang Penghulu Jugah iaitu Pagang anak Jugah telah menggambil tugasTuai Rumah sehingga kehari ini.

Pada asalnya, sebutan asal 'NYIMOH' adalah "NIMOH' , iaitu petikan dari bahasa iban di mana ia adalah bagi gelaran bagi sejenis pokok yang hidup di kawasan sekitar. Menurut penduduk asal yang tinggal berhampiran sekolah ini, terdapat pokok nimoh di muara sungai yang terletak berhampiran dengan sekolah. Dengan itu, nama pokok nimoh diambil sebagai nama sekolah di mana ianya didaftarkan sebagai SRK NANGA NYIMOH, diketika itu

S.k. Nanga Nyimoh terletak di tepi Sungai Katibas iaitu kira-kira 20 minit dari Pekan Song melalui jalan air dan 15 minit melalui jalan darat.
.