Rabu, 1 Februari 2012

Selamat Datang Guru Baru & Selamat Berpisah Guru Yang Bertukar

Selamat datang diucapkan kepad guru yang baru berkhidmat di SK. Nanga Nyimoh, yang menggantikan tempat guru yang berpindah & memenuhkan kuata guru bagi SK.Nanga Nyimoh. Semoga kedatangan mereka dapat meningkatkan lagi prestasi SK. Nanga Nyimoh dan menjadikan SK. Nanga Nyimoh sebagai sebuah sekolah yang terunggul di Daerah Song ini.Antara guru baru SK.Nanga Nyimoh ialah:

i) Cikgu Jeffry


ii) Cikgu Hussaini


iii) Cikgu Mike


iv) Cikgu Marina

Selasa, 17 Januari 2012

Permulaan Sesi 2012

Sesi 2012 telah pun bermula pada 4hb Janari 2012. Semua Guru-guru & Kakitangan Sekolah mengucapkan "Selamat Datang" kepada murid-murid tahun satu dan mengucapkan "Selamat Tinggal" kepada murid-murid Tahun 6 yang telah mendapat keputusan yang amat memberangsangkan.

Semoga di tahun 2012 lebih banyak kejayaan akan dicipta di Sk. Nanga Nyimoh ini, tidak kira dari segi akademik mahupun ko-kurikulum kerana Sk.Nanga Nyimoh memang terkenal dengan kegiatan sukan yang telah mencipta pelbagai kejayaan di pelbagai peringkat.

"SELAMAT TAHUN BARU 2012"

Selasa, 15 November 2011

Majlis Anugerah Cemerlang

Majlis Anugerah Cemerlang Akademik, Sukan , Ko-Kurikulum

&

Konvokesyen Pra Sekolah

2011

Tempat: Di Dewan Serbaguna Sk. Nanga Nyimoh

Tarikh : 17 November 2011

Masa: 8.00 Pagi - 11.00 Pagi

Semua guru-guru, kakitangan sekolah, murid-murid dan ibu bapa dijemput hadir untuk memeriahkan lagi aktiviti ini.

Harap Maklum.