Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru 2012 | Tema Hari Guru 2012

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik tidak kira di mana anda berada. Semoga Sambutan Hari Guru Tahun ini memberikan sejuta rahmat kepada Guru sekalian, untuk menghargai jasa guru-guru, dengarkan lagu di bawah.



Lagu Tema Hari Guru 2012

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o

Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan
ulang c/o 2x

 

Rabu, 1 Februari 2012

Selamat Datang Guru Baru & Selamat Berpisah Guru Yang Bertukar

Selamat datang diucapkan kepad guru yang baru berkhidmat di SK. Nanga Nyimoh, yang menggantikan tempat guru yang berpindah & memenuhkan kuata guru bagi SK.Nanga Nyimoh. Semoga kedatangan mereka dapat meningkatkan lagi prestasi SK. Nanga Nyimoh dan menjadikan SK. Nanga Nyimoh sebagai sebuah sekolah yang terunggul di Daerah Song ini.Antara guru baru SK.Nanga Nyimoh ialah:

i) Cikgu Jeffry


ii) Cikgu Hussaini


iii) Cikgu Mike


iv) Cikgu Marina

Selasa, 17 Januari 2012

Permulaan Sesi 2012

Sesi 2012 telah pun bermula pada 4hb Janari 2012. Semua Guru-guru & Kakitangan Sekolah mengucapkan "Selamat Datang" kepada murid-murid tahun satu dan mengucapkan "Selamat Tinggal" kepada murid-murid Tahun 6 yang telah mendapat keputusan yang amat memberangsangkan.

Semoga di tahun 2012 lebih banyak kejayaan akan dicipta di Sk. Nanga Nyimoh ini, tidak kira dari segi akademik mahupun ko-kurikulum kerana Sk.Nanga Nyimoh memang terkenal dengan kegiatan sukan yang telah mencipta pelbagai kejayaan di pelbagai peringkat.

"SELAMAT TAHUN BARU 2012"