Selasa, 9 Ogos 2011

Teka-teki



a) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang??

B) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan??

C) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pegi tu 60 sen. Mcm mana dia nak pegi tempat tu?

D) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?

E) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?

F) Tersebut kisah,ada seorang wanita yg menamakan anaknya nama FATIMAH, kenapa ?

H) Tempat apa ini... ... peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?

I) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia?

J) Macammana nak pegi haji kalau duit tak de?

Jawapan, scroll down. Tapi fikir ler dulu










Jawapan:

A-Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang aaa...

B. Misai

C. Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen=60 sen

D. Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

E. Penguin

F. Sebab anak tu perempuan..huar..huar..huar..

H. Tempat Perkuburan

I. Lingkaran nyamuk Shieldtox

J. Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 tahun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pegi haji. ..Lagi.. kurangkan pakai hp..

Pantun Guru

A-B-c dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

Khamis, 4 Ogos 2011

Cara-cara Ikat Tali Kasut

Dah bosan dengan gaya ikat tali kasut yang sama sahaja sepanjang tahun? Jika demikian anda boleh mencuba cara mengikat tali kasut seperti berikut:
















Selamat Mencuba!