Sabtu, 30 Julai 2011

Ragam

Nie lah jadinya jika terlalu pandai berbahasa Inggeris


Azimat bagi pelajar UPSR


Murid terlalu pintar?


Mengajar dwi bahasa mengikut bahasa tempatan?


Sekolah menjadi pusat peliharaan binatang.


Sains boleh mengembangkan kreativiti murid.


Rukun Negara asas pembentukan Malaysia


Gunakan teknologi yang ada


Saham naik daaa..


PJK bagus untuk kecergasan fizikal


Tanam cita-cita & berwawasan


Sains dalam Bahasa English


Cikgu lah katakan....


Up to date


Kalau dah jadi guru Bahasa English tu ajar la betul-betul

Khamis, 28 Julai 2011

Belajar Bahasa Iban siri III


Ayat dalam bahasa iban :

Saya nak pergi ke pasar ikut boyfriend i.
Aku deka ngagai pasar enggau sulu aku.

Saya cintakan awak.
Aku sayau ke nuan.

Jom kita kawin sekarang.
Aram tua kawin diatu.

Dah mandi ke belum.
Udah mandi ke bedau
.

Aduh.. saya sakit perut.
Akai... aku pedis perut.

Mak, saya nak makan.
Indai, aku deka/kak makai.

Ayah, minta duit sikit.
Apai,minta duit mimit.

Angkat jemuran, hujan sudah turun .. hihihii
Angkat kain jembi , ujan udah laboh.. hihihihi

Anak kucing kawan saya dah mati.
Anak mayau kaban aku udah parai.

Hensemnyer dier....
Sigatmai ia...

Cantiknyerr dierr..
Bajikmai ia..

Sakit gigi.
Pedis ngeli.

---------------------------------

B.M : Jom, minum petang!
Iban : Aram, ngirup lemai!

B.M : bangun pagi
Iban : Dani pagi

BM : Balik dulu
Iban : Mupuk dulu

BM = B.I
bersembang = berandau

cari = ngigak

manah = bagus

pengajar = cikgu

bub = buku

mending = dengar

medak = tengok

ngabang - berkunjung

ngirup - minum

makai - makan

gerai - sihat

nyamai - sedap

nama pemanjai pembaris tok? = berapa panjang pembaris ni?

cantik (prety) = bajik.
suka(cinta) = ka (contoh : Aku ka ke nuan (Aku cintakan awak)
wanita(pompuan) = indu
punya pacar = bisi pengerindu hati/bisi pangan.
sakit hati = tusah hati(susah hati)=pedih ati.
patah hati= putus ati.
umur berapa= songsangkan saje =berapa umur.
kapan menikah= kemaya melah pinang
sudah mandi= udah mandi
kenapa masih bau= nama kebuah agi berbau/ lapa agi bisi bau.
senang jumpa dengan kau-rinduk betemu enggau nuan.


1. saya tidak puas hati dengan kamu? = Aku enda puas ati enggau nuan/palak nuan.
2. tolong jangan buat lagi = Minta anang bekenyak agi.
3. terima kasih kerana tolong saya = terima kasih laban nulong aku.



Iklan Petronas Bahasa Iban

Ahad, 24 Julai 2011

Sajak Guru Oh Guru (Usman Awang)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979

Khamis, 21 Julai 2011

Belajar Bahasa Iban siri II


Berikut pula disenaraikan sebilangan kata hubung yang biasa digunakan seharian;

  • dan = enggau atau tauka
  • serta = sereta
  • tetapi = tang
  • malahan = taja pan
  • sambil = sambil
  • kerana = laban
  • agar = ngarap ka
  • meskipun, walaupun = taja pan
  • sekiranya = enti sema
  • jika = enti
  • semasa = benong
  • setelah = pengudah

Rabu, 20 Julai 2011

Games

Bosan tak tahu nak buat ape? Jom santai dengan main games. Klik pada list games untuk memulakan permainan. Jomm.. kita enjoy!




Jumaat, 15 Julai 2011

Tv online


Khamis, 14 Julai 2011

Belajar Bahasa Iban siri I


Jom kita belajar Bahasa Iban

Adik = Menyadi'

Air = Ai'

Anak = Anak

Awak/Kamu = Nuan / Dik

Ayah / Abah= Apai /Aba'

Bagaimana = Baka ni

Bagitau = madah

Baik = Manah

Balik = pulai

Bas = bus

Belum = Bedau /Apin

Berjalan = Bejalai

Bola = Bol

Cakap = Jako

cincin = tincin

cinta = pengerindu / bersulu

cium = sium

cuba = uji

Datuk = Aki'

Di mana = Dini

Di sana =Din

Di situ = Ditu'

Emak /Ibu = Emak / Indai

Jahat = Jai'

Jalan = Jalai

kapalterbang = bilun

kekasih = sulu

Kerja = Kereja

komputer = kempita

lapar = lapar

lari = berlanda

lelaki = lelaki

Makan = makai

Malam = Malam

Mandi = Mandi '

Mati = parai (mikel jickson udah parai)

Merokok = Nginsap

Minum = Ngirup

Naik = niki

Nasi = asi

Nenek = Ini'

Nombor = numbur

Panjang = Panjai

Pendek = Pandak

Perempuan = indu

pingan = pingai

Rokok = Insap

Rumah = Rumah

sakit = pedis

sampai = sangkai

saudara = bala

Saya = Aku

Sayang = Sayau

sekolah = sekula

sembahyang = sembiang

sembunyi = belalai (bkn belalai gajah)

Siang = Tawas

Sihat =Gerai

Sudah = Udah

Tidur = tinduk

Tua = Tuai


Rabu, 13 Julai 2011

Cara-cara mengikat tali leher

Ini adalah beberapa cara untuk mengikat tali leher. Kepada guru-guru lelaki boleh la mencuba cara-cara yang diberikan ini. Semoga semua guru-guru lelaki dapat bergaya dengan kemas setanding dengan profesinal seorang guru. Selamat mencuba.










CARA LAIN










SELAMAT MENCUBA

Selasa, 12 Julai 2011

Ubat Nyamuk



Rumah anda banyak nyamuk? Tak ada "spray" halau nyamuk? Ridsect, Shieldtox lain-lain? Tak ada ubat nyamuk? Mahal nak beli ubat nyamuk? Tiap-tiap hari main laptop sambil berperang dengan nyamuk? Sekarang gunakan software sahaja untuk settle masalah ini, halau nyamuk guna konsep "vibration" sahaja.Secara tak langsung software ini diwujudkan yang diberi nama "Anti-Mosquito". Software ini menghalau nyamuk melalui bunyi yang tak dapat didengar oleh manusia.Sesiapa yang berkenan boleh la download disini.

"TIADA AEDES TIADA DENGGI"

Jumaat, 8 Julai 2011

Guru Besar

SENARAI GURU BESAR

1.Mathew Jaya Jan1964 – MeI 1965
2.Jeffery Lau Mei 1965 – Dis 1966
3.Raymond Tani Tahun 1967
4.Francis Ingkong Jan 1968 – Dis 1971
5.Patrick Ling Jan 1972 – Dis 1973
6.Robert hoo Sing Ming Jan 1974 – Dis 1987
7.Paschalis Goh Tahun 1988.
8.Robertson Mawa Jan 1989 – April 1994
9.John Khoo Apr 1994 – Nov 2004
10.Chua Sam Cheh Dis 2004 -Mei 2011
11.Bita Jungan Julai 2011 hingga skrg

Objektif

OBJEKTIF

1. Melahirkan pelajar yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agarmenjadi warganegara yang berguna dan merealisasikan wawasan.

2. Memastikan kadar peningkatan kecemerlangan dari setahun ke setahun dengan kadar 5 % dalam semua bidang.

3. Melahirkan individu yang mempunyai kemahiran berfikir dan dapat menggunakan fakulti akal dengan bijak

dan bersistem untuk mewujudkan masyarakat berbudaya ilmu sebagai prasyarat ke arah menjayakan cita-cita membangunkan sebuah Negara bangsa yang maju, berwibawa dan cemerlang.

4. Memupuk nilai-nilai murni dan sosialsasi yang sihat di kalangan semua warga sekolah.

5. Meningkatkan mutu pencapaian dan penglibatan pelajar di dalam semua bidang aktiviti yang dikelolakan di sekolah iaitu di bidang akademik dan bukan akademik.

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga SK Nanga Nyimoh Song, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
Untuk

MURID
1 Memastikan semua murid mendapat pendidikan yang seimbang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
2 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lancar mulai hari pertama hari persekolahan.
3. Mewujudkan sesuana yang kondusif untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran sepanjang masa.
4. Memastikan keselamatan , kesihatan dan kebajikan murid sentiasa terpilihara.

STAF
1. Sentiasa bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas.
2. Memastikan semua staf diberi layanan yang sama dalam semua aspek.
3. Memastikan semua staf diberi peluang untuk mengikuti latihan /kursus secara bergilir-gilir.

IBUBAPA
1. Memastikan perkhidmatan yang diberi kepada Ibubapa diurus dalam masa 15 minit dengan layanan mesra dan cekap.
2. Memastikan maklumat pendidikan terkini disampaikan kepada ibu bapa dan masyarakat seminggu selepas maklumat diterima.

Stake Holder
1. Bertindak lancar dan cekap terhadap arahan dari PPDK, PPG, JPn dan institusi lain selepas menerima arahan dalam masa dua hari.
2. Memastikan sisitem fail sentiasa kemaskini.
3. Memastikan semua harta modal dan inventori diurus mengikut prosedur yang betul.

KOMUNITI
1. Bersedia dan sanggup menerima cadangan dan teguran yang membina daripada komuiti setempat demi meningkatkan prestasi dan maruah sekolah
2. Mewujud dan memilihara perhubungan yang akrab antara sekolah dan masyarakat setempat.

SEKIRANYA TUAN/PUAN BELUM PUAS HATI ATAS PERKHIDMATAN KAMI, SILA HUBUNGI TERUS KEPADA GURU BESAR DI TALIAN – +084-772004/ +084-772005

Sabtu, 2 Julai 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan (1M1S) 1Malaysia














Untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik like di Facebook Sekolah Kebangsaan Nanga Nyimoh.Harap Maklum!