Selasa, 28 Jun 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan1Malaysia

Larian Serentak 1Murid 1Sukan (1M1S) 1Malaysia

Tindakan : Pengetua / Guru Besar & GPK Kokurikulum Sekolah Daerah Song

Untuk makluman Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1Malaysia Seluruh Negara yang melibatkan semua warga JPN, PPD, Sekolah, PIBG, IPGM, Matrikulasi dan masyarakat setempat.

2. Sehubungan itu semua sekolah dalam daerah Segamat juga terlibat dalam aktiviti larian ini. Aktiviti ini akan diadakan serentak seluruh negara mengikut ketetapan berikut:

Tarikh larian: 2 Julai 2011 (sabtu)
Acara bermula pukul 6.46 pagi
Jarak larian 1.5 km
Ketua Penyelaras: Cikgu Bazli Nahrawi

3. Sila layari laman sesawang Bahagian Sukan KPM untuk mendapat segala maklumat dan panduan pelaksanaan aktiviti larian tersebut di http://www.moe.gov.my/bsukan

Pelajar, Guru dan Ibu Bapa / penjaga dialu-alukan untuk menyertai program larian ini. Pelajar, Guru dan Ibu Bapa / penjaga boleh mendapatkan borang-borang penyertaan melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my/bsukan. Sila klik untuk muat turun :-

a. Borang Penyertaan untuk Murid / Pelajar
b. Borang Penyertaan untuk Guru / Pensyarah
c. Borang Penyertaan untuk Ibubapa / PIBG
d. Borang Penyertaan untuk Bahagian ( Kementerian Pelajaran Malaysia )
e. Lain-lain/Individu
f. PANDUAN PELAKSANAAN

Tindakan Pihak Sekolah: Sila serahkan borang pendaftaran yang lengkap melalui e-mel pada atau sebelum 29 Jun 2011 kepada alamat e-mel yang ditetapkan seperti di Panduan Pelaksanaan. Borang Pengesahan bilangan sebenar yang menyertai Larian Serentak 1Murid 1Sukan dan gambar serta video berkaitan hendaklah dihantar selepas acara larian pada atau sebelum 08 Julai 2011.

Semua Warga Sk. Nanga Nyimoh diminta hadir untuk menjayakan larian ini.

Sekian, Terima Kasih.

Isnin, 20 Jun 2011

Kem Motivasi Pelajar

KEM MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6

TARIKH : 23 JUN 2011-25 JUN 2011.

MASA : 9.00 PAGI- 10 MALAM

TEMPAT : PADANG SEKOLAH

PESERTA : SEMUA MURID TAHUN 6 YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

PEGANJUR: GURU-GURU TAHUN 6, 2011.

********************* SEMUA GURU TERLIBAT********************************************

Kem Motivasi ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar Tahun 6, memberi semangat untuk menduduki peperiksaan dan memberi motivasi yang berguna.